UNIQLO Tidak Menyebelah China atau AS

2022-01-07 14:49:25  CRI
Share with:

UNIQLO tidak akan menyebelah China atau Amerika Syarikat (AS). Demikian ditegaskan Tadashi Yanai, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Retailing Co., Ltd, yang memiliki UNIQLO baru-baru ini.

Menurut Nikkei Asia Review, ketika ditanya sama ada bimbang akan diboikot China kalau mengulas tentang penggunaan kapas hasilan Xinjiang, Tadashi Yanai berkata pihaknya memilih berkecuali. Beliau menyifatkan perbuatan AS berkenaan adalah memaksa perusahaan yang terbabit bersetia kepadanya. Bagaimanapun, pihaknya tidak mahu melibatkan diri dalam permainan itu.

Beliau memaklumkan, sikap sedemikian pernah diambil AS terhadap Jepun dalam sejarah silam.

Di belakang perkelahian yang sengit antara dua negara gergasi itu, hubungan ekonomi bilateral tetap menunjukkan keadaan baik, terbukti dengan aliran modal dan perdagangan yang stabil. Modal AS sedang dilabur ke China, sedangkan kesemua produk Apple adalah keluaran China. Sementara itu, jumlah eksport China ke AS pula meningkat.