Media Sepanyol: Kem Barat Selalu 'Remehkan China' Adalah Salah

2022-01-07 13:15:34  CRI
Share with:

Sebuah rencana yang bertajuk 'Kenapa Dunia Barat Menolak Akui Kedudukan China Selaku Negara Gergasi?' disiarkan melalui laman sesawang akhbar Sepanyol, www.rebelion.org pada 1 Januari lalu. Penulisnya, Ramzy Baroud adalah sarjana yang bertugas di Orfalea Center for Global and International Studies. Beliau menganggap bahawa China merupakan peserta politik yang paling penting di dunia, dan langkah kem Barat yang selalu 'meremehkan China' adalah salah.

Rencana itu berbunyi, ramai penganalisis mempunyai pendapat yang salah, iaitu walaupun mempunyai pengaruh antarabangsa yang penting berikutan kedudukannya sebagai negara perdagangan dan pengeluar terbesar di dunia, China tidak memiliki hak politik yang bersifat menentukan yang setimbal dengan kekuatan ekonominya. Pandangan yang logiknya terbatas ini berdasarkan satu hipotesis, iaitu mahu menjadi 'negara yang berpengaruh besar dalam bidang politik' mestilah mematuhi model yang sama dengan Amerika Syarikat dan rakannya dari kem Barat.

Di mata China, mendorong kerjasama ekonomi sejak sekian lama dilihat sebagai cara yang paling efisien dalam usaha melantangkan suara sebagai satu negara gergasi di pentas dunia. Namun, sejak saat Barak Obama mengeluarkan inisiatif “keseimbangan semula di Asia-Pasifik”,  kemudian Donald Trump melancarkan perang perdagangan dan seterusnya Joseph Biden selalu mengancam China dalam isu Taiwan, barulah Beijing mempercepat penyusunan strategi politiknya. Apa yang disebut diplomasi 'China makin keras' merupakan isyarat yang ditunjukkan kepada Washington dan rakan sekutunya bahawa China tidak akan menunduk kepalanya.

Menurut pandangan umum dunia Barat bahawa mana-mana negara termasuk China yang berani mengambil tindakan yang bukan mengikut peraturan mereka akan dilihat sebagai ancaman atau ancaman yang berpotensi. Namun, China tidak pernah dilihat sebagai ancaman pada masa dahulu disebabkan pembangunan ekonominya yang berperanan mendorong perkembangan ekonomi Asia bahkan dunia.

Secara membabi buta meremehkan China, manakala memuji AS sebenarnya adalah amalan perkauman yang sama sekali salah.