WHO: Lebih 180 juta Dos Vaksin China Diagihkan dalam COVAX

2022-01-07 15:04:18  CRI
Share with:

Melalui pelaksanaan Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX), sebanyak lebih 180 juta dos vaksin Sinopharm dan Sinovac buatan China telah diagihkan kepada 49 buah negara dan kawasan, iaitu menyumbang hampir 20% jumlah keseluruhan yang diedarkan setakat ini, dan dilihat sebagai satu komponen yang penting dalam usaha meningkatkan kekebalan tubuh badan dan menyelematkan nyawa dalam senario global.  Demikian dinyatakan penasihat kanan Ketua Pengarah WHO, Bruce Alyward dalam sidang media mengenai pandemik COVID-19 semalam.