‘Demokrasi Gaya AS’ Makin Teruk

2022-01-08 14:00:44  CRI
Share with:

6 Januari merupakan ulang tahun pertama rusuhan yang berlaku di bangunan Capitol Amerika Syarikat (AS). Dalam setahun yang berlalu, masyarakat AS terjatuh ke dalam kancah perpecahan, sekali gus menjadikan 'demokrasi gaya AS' yang berada dalam keadaan teruk terdedah di mata dunia. 

Menurut tinjauan umum terkini dibuat AP tentang kejadian menyerbu masuk Capitol, terdapat 30% ahli Parti Republikan berpendapat peristiwa ini 'tidak ganas'. Namun, 90% ahli Parti Demokratik menganggap kejadian ini ‘amat atau terlalu ganas’. Pengenalpastian para politikus terhadap sifat kejadian itu telah menjadi bukti kesetiaan mereka kepada parti masing-masing. Kejadian yang bersifat malapetaka ini turut diperalatkan oleh kuasa politik mengikut parti. Ini tak syaklah merupakan satu kehinaan besar terhadap 'demokrasi gaya AS'.

Serentak itu, perpecahan yang diakibatkan kejadian rusuhan tersebut telah meruncingkan lagi “politik veto” di AS. Dalam tempoh setahun lalu, langkah-langkah seperti pembaharuan sistem polis, kawalan senjata dan rancangan peruntukan ekonomi telah menemui jalan buntu sehingga tadbir urus masyarakat AS terkandas. Ramai orang bimbang akan keadaan yang tidak berkesudahan ini, dan menganggap pentadbiran kerajaan AS berkemungkinan terjerumus ke dalam keadaan lumpuh. Ini penuh membuktikan bahawa demokrasi yang bermodelkan “seorang seundi” yang diheboh-hebohkan politikus AS, hanya sejenis modus operandi yang umpama 'rupa harimau, hati tikus',  kerana ia sama sekali tidak dapat menjamin kepentingan asas pengundi.

Menurut sebuah tinjauan umum di AS pada penghujung tahun lalu, terdapat lebih 34% warga AS, iaitu peratusan yang paling tinggi dalam puluhan tahun lalu, menganggap bahawa warganegara mengambil tindakan ganas terhadap kerajaannya adalah tepat. Sehubungan ini, kedua-dua majalah mingguan Time dan Newsweek AS bersama-sama menganggap bahawa 'AS sedang dihantui perang saudara'.

Demokrasi bukan alat hiasan, melainkan alat yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Para politikus AS yang hanya tahu melaungkan slogan sahaja dinasihati mengetepikan laba politik dan sikap yang angkuh, berhenti mencipta konflik dan perpecahan yang dipercayai pasti akan mengheret masyarakat AS ke dalam kancah penderitaan yang semakin berbahaya.