Perdagangan China-ASEAN Mula Rancak Berkat Penguatkuasaan RCEP

2022-01-08 14:29:34  CRI
Share with:

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuatkuasa secara rasmi pada hari pertama tahun baharu ini. Penguatkuasaan RCEP menandakan beroperasinya kawasan perdagangan bebas yang merangkumi jumlah populasi yang paling ramai, skala perdagangan yang paling besar dan paling berpotensi di seluruh dunia. Kumpulan negara yang pertama yang terikat dalam penguatkuasaan tersebut melibatkan Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Singapura, Thailand dan Vietnam serta China, Jepun, New Zealand dan Australia.


Kereta api No.24508 muatan 17 kontena buah durian Thailand yang berberat 288 tan dan bernilai RMB11 juta (RM7.3 juta) telah tiba di stesen kereta api Pingxiang, wilayah Guangxi pada 6 Januari lalu. Inilah larian kereta api muatan buah-buahan ASEAN yang pertama yang tiba di China selepas bermulanya penguatkuasaan RCEP.



Pada hari yang sama, kereta api pertama dari China pula bertolak dari provinsi Hunan ke kawasan ASEAN. Barang muatan kereta api tersebut ialah oren manis asal Huaihua yang seberat 100 ribu kg serta alat pertanian, mesin projek, jubin seramik dan barang harian. Larian kereta api seumpama ini dijangka akan beroperasi dua kali sebulan pada peringkat awal.

 

Setakat 5 Januari lalu, Persatuan Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) telah menandatangani dan memberikan 275 sijil tempat asal kepada 135 buah syarikat dari 18 buah bandar dan provinsi di China, dengan merangkumi produk eksport yang termasuk barang tekstil, kimia, perubatan dan makanan. Manakala, destinasi pengeksportan pula melibatkan Jepun dan Australia. Nilai produk tersebut mencatat lebih USD19 juta (RM80 juta), dan tarif sebanyak USD220 ribu (RM926 ribu) dijangka akan dikurangkan menurut RCEP.

 

“Panduan Digital Tafsiran RCEP” edisi Inggeris telah diumumkan CCPIT kelmarin.

 

Pengarah Ekeskutif Majlis Perusahaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning menyatakan RCEP merupakan langkah penting yang lebih terbuka daripada WTO sebab sektor terbuka bukan sekadar pasaran perdagangan perkhidmatan, penurunan dan pengurangan tarif, malahan terdapat lebih 100 sektor termasuk kewangan, telekomunikasi, logistik, lalu lintas dan ekonomi digital juga dijadikan terbuka.