Lawatan Wang Yi, Pemicu Pelaksanaan Hasilan FCAC

2022-01-09 15:03:50  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah melawat Eritrea, Kenya and Comoros pada Selasa hingga  Jumaat lalu. Sehubungan itu, Wakil Khas Kerajaan China bagi Hal Ehwal Afrika, Xu  Jinghu berkata, kerjasama negara ini dengan Afrika dipercayai akan mencapai  kemajuan signifikan pada masa depan.

Memicu pelaksanaan hasilan yang tercapai dalam Forum Kerjasama  China-Afrika (FCAF) adalah sasaran utama lawatan Wang. Contohnya, dalam lawatan  ke Kenya, Wang telah menandatangani perjanjian kerjasama bilateral "sembilan  projek" yang bukan sahaja merangkumi pelaburan dan perdagangan konvensional,  tetapi juga inovasi digital, pembangunan hijau, kedamaian dan keselamatan. Selain itu, beliau juga menandatangani dokumen kerjasama mengenai ekonomi  digital, pelaburan, pertanian dan pengeksportan produk pertanian Kenya ke  China.

Dalam lawatan tersebut, China telah mengemukakan "Gagasan Pembangunan  Damai Tanjung Afrika" yang bertujuan menyokong negara setempat mengatasi cabaran  keselamatan, pembangunan dan tadbir urus.