Pasukan Pengaman CSTO Tiba Ibu Kota Kazakhstan

2022-01-09 16:21:00  CRI
Share with:

Pejabat penerangan Presiden Kazakhstan mendedahkan pasukan pengaman Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) telah tiba ibu kota negara itu, Nur Sultan untuk menjalankan tugasan melindungi keamanan. Pada waktu yang sama, pasukan keselamatan negara itu dikerah ke Alma-Ata untuk menjalankan tugas anti-keganasan.

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mengarahkan pelbagai badan dalam kerajaannya menjaga penyelarasan antara satu sama lain untuk memastikan kestabilan situasi terjamin dan melindungi kepentingan segala warga negaranya.