Siapakah Ancaman Rantau Asia-Pasifik
Pada permulaan tahun baharu ini, sempena rakyat rantau Asia-Pasifik mengharapkan kedamaian dan kestabilan, Perdana Menteri Jepun dan rakan sejawatnya dari Australia telah mengadakan pertemuan melalui video, manakala rundingan Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Amerika Syarikat dan Jepun “2+2” juga diadakan secara maya. Semasa berlangsungnya kedua-dua rundingan yang dipenuhi mentaliti perang dingin itu, AS bersama dengan rakan sekutu yang dipanggilnya termasuk Jepun dan Australia terus menyebarkan dusta, menunjuk-nunjuk otot dan mencampuri urusan dalaman negara lain sehingga membawa kesan negatif kepada kedamaian dan keamanan serantau.
Jepun dan Australia dalam Perjanjian Akses Saling Menguntungkan yang ditandatangani pada 6 Januari lalu pernah menuding jari terhadap urusan dalaman China. Kedua-dua negara itu selaku boneka AS bersubahat dengan tuannya bertindak secara membabi buta sehingga situasi Laut China Selatan dan Selatan Taiwan yang dulunya berada dalam suasana aman dan muhibah terjejas.
AS dan Jepun dalam mesyuarat pada 7 Januari lalu menegaskan peri pentingannya hubungan sekutu kedua-dua pihak dan mengumumkan perjanjian pertahanan yang baru termeterai yang menyasarkan apa yang disebut “ancaman China”.
Selain itu, AS, Britain dan Australia sebelum ini pernah mengumumkan akan menjalankan kerjasama kapal selam nuklear, tindakan yang dilihat boleh menambah risiko perluasan senjata nuklear dan perlumbaan persenjataan. Jepun berdegil mahu melepaskan air tercemar dari loji nuklear ke laut, tanpa mengambil kira ancaman yang dibawanya terhadap ekologi alam dan kesihatan rakyat serantau. AS, Jepun dan Australia selalu mengadakan latihan ketenteraan. Kesemua perkara tersebut membukti 'blok kecil' yang dipergiatkan AS, Jepun dan Australia bertindak sewenang-wenangnya dalam merosakkan kedamaian, kestabilan dan keselamatan serantau dan turut mendedahkan hipokrasi mereka yang menganjurkan apa yang disebut 'bebas, terbuka dan inklusif'.