China Bantu Myanmar Membaikpulih Pagoda
Projek pembaikpulihan pagoda That-byin-nyu atas bantuan kerajaan China telah dimulakan di Bagan, Myanmar semalam.
Duta Besar China ke negara itu, Chen Hai menyatakan pagoda That-byin-nyu merupakan bangunan agama Buddha yang tertinggi di Bagan yang juga salah satu pagoda terkenal di Myanmar. Pasukan pekerja China akan menjalankan projek pembaikpulihan secara menyeluruh berdasarkan piawaian UNESCO berhubung pemeliharaan warisan budaya sedunia.
Naib Menteri Keagamaan dan Kebudayaan Myanmar menyatakan kerjasama dan interaksi kebudayaan kedua-dua negara membawa makna penting bagi pemeliharaan warisan budaya. Persahabatan Myanmar-China pasti akan diwariskan secara turun-temurun melalui kerjasama kedua-dua negara dalam bidang tersebut.
Beberapa ratus pagoda dan patung Buddha termasuk pagoda That-byin-nyu dilaporkan musnah dalam bencana gempa bumi 6.8 pada sakala Richter pada 24 Ogos 2016.