Kes Positif COVID-19 Melonjak Pesat di Destinasi Pelancongan Thailand

2022-01-10 15:01:14  CRI
Share with:

Statistik terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Thailand menunjukkan,  jumlah kes jangkitan COVID-19 melonjak pesat di destinasi pelancongan utama. 

Provinsi Chonburi merekodkan 921 kes jangkitan baharu  pada Ahad lalu,  lebih banyak berbanding di Bangkok. Sumber utama jangkitan adalah dari restoran di pantai Pattaya dan Bangsaen.

Jabatan pencegahan dan kawalan wabak tempatan telah menjalankan pemeriksaan dan meminta  restoran terbabit menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap semua pekerja dan pelanggan melalui kit ujian pengesanan pantas setiap hari.

Di samping itu, semua kelab malam, bar, karaoke dan tempat hiburan malam lain  diizinkan beroperasi semula pada 16 Januari nanti dengan prasyarat memenuhi syarat pencegahan wabak kerajaan.

Sebanyak 635 kes COVID-19 baharu dilaporkan di provinsi Phuket pada hari Ahad lalu. Walaupun semua pelancong asing yang memasuki Thailand wajib lengkap dua dos suntikan vaksin, tetapi lebih 100 kes baharu dikesan di golongan pelancong asing yang memasuki Pulau Phuket setiap hari dan menjadikan jumlah jangkitan Omicron mencatat 234 kes di provinsi itu.