19 Maut dalam Kebakaran di AS

2022-01-10 13:24:39  CRI
Share with:

ebakaran marak yang berlaku di bangunan kediaman bertingkat tinggi di daerah Bronx, New York City, Amerika Syarikat (AS)  pagi Ahad telah mengakibatkan 19 orang terkorban, termasuk 9 kanak-kanak.

Kebakaran itu dilaporkan mencederakan lebih daripada 63 orang, dan berpuluh-puluh mangsa daripadanya berada dalam keadaan yang mengancam nyawa.