Kes Positif COVID-19 AS Melebihi 60 Juta

2022-01-10 14:50:23  CRI
Share with:

Data terbaharu  Universiti Johns Hopkins (JHU) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan jumlah kumulatif kes positif COVID-19  di negara itu melebihi 60 juta setakat pukul 4.21 petang waktu tempatan pada  9 Januari dengan angka kematian 837,504 kes.

AS berdepan risiko sistem perkhidmatan kehidupan asas lumpuh sepenuhnya berikutan jumlah kes varian Omicron meningkat secara mendadak.

Anggota perubatan di daerah Janson negeri Kansas  dilaporkan bekerja selama  80 jam seminggu. Ambulans terpaksa sering mengubah rancangan perjalanannya kerana hospital yang ditujuinya kekurangan katil untuk rawatan.

Sementara  itu, beribu-ribu pekerja yang berkhidmat di kereta api bawah tanah New York tidak hadir bekerja akibat pandemik  baru-baru ini dan kira-kira seribu anggota polis dan bomba di Los Angeles disahkan positif COVID-19 dan terpaksa mengasingkan diri.