China Sokong ASEAN Tangani Isu Myanmar secara Berhemah

2022-01-11 13:39:52  CRI
Share with:

China menyokong ASEAN menangani isu Myanmar secara berhemah bagi melaksanakan dengan lancar "lima konsensus" dalam kerangka ASEAN.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin di Beijing pada Isnin.

Pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing bertemu dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen yang melawat Nay Pyi Taw pada Khamis lalu.

Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bersama demi mengalu-alukan penyertaan Duta Khas ASEAN ke Myanmar dalam rundingan gencatan senjata antara pihak rasmi Myanmar dengan semua Pertubuhan Bersenjata Etnik (EAO), di samping menyokong pertemuan  antara Duta Khas itu dengan semua pihak yang berkaitan di Myanmar.

Kenyataan bersama itu juga menegaskan peri pentingnya untuk melaksanakan "lima konsensus" ASEAN dan pelan lima perkara untuk Myanmar secara serentak.

Wang Wenbin menyatakan bahawa China akan memberi sokongan penuh kepada Kemboja sebagai pengerusi bergilir ASEAN untuk memainkan peranan positif selain menyumbang kepada dialog politik semua pihak di Myanmar untuk menangani perselisihan  dan pemulihan ketenteraman dan pembangunan serantau secepat mungkin.