Cerita Kashgar: Kehebatan Pertukangan

2022-01-11 11:55:48  CRI
Share with:

Kashgar Xinjiang merupakan tempat penting dari segi pengangkutan sepanjang Laluan Sutera Kuno oleh saudagar dari dalam dan luar negara China sejak zaman purba. Di samping itu, Kashgar juga antara kota yang terkenal dengan budaya dan sejarah peringkat negara dengan memperlihatkan adat resam, kebudayaan, kesenian, seni bina bangunan dan gaya ekonomi tradisional etnik Uygur.

Kashgar terletak di tenggara wilayah Xinjiang, bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan. Menurut keputusan bancian kebangsaan ketujuh 2020, jumlah penduduk tetap di Kashgar melebihi 4.49 juta orang.


Pak Cik Balimjan Aysahuja beretnik Tajik yang tinggal di kaunti Taxkorgan, Dataran Tinggi Pamir, wilayah Xinjiang. Keluarga Balimjan pernah disenaraikan sebagai keluarga miskin.

Selepas pelaksanaan dasar pembasmian kemiskinan yang bersasaran tepat, Balimjan mula mempelajari kemahiran pertukangan kayu.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, kemahiran beliau telah mendapatkan perhatian tinggi sehingga ramai penduduk sekitar kampungnya mengupah beliau untuk membuat perabot. Pendapatan beliau pula makin meningkat.