Dialog Kestabilan Strategik Rusia-AS Pusingan Ketiga Berakhir

2022-01-11 13:37:00  CRI
Share with:

Dialog tentang kestabilan strategik Rusia-AS pusingan ketiga yang berlangsung selama hampir lapan jam berakhir semalam waktu tempatan.

Delegasi AS yang diketuai Timbalan Setiausaha Negara Wendy Sherman menolak cadangan Rusia mengenai melarang peluasan NATO ke timur yang dianggap sebagai salah satu isu penting bagi Rusia.

Rusia dan AS masing-masing mengadakan sidang akhbar selepas dialog itu. Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov menyatakan bahawa pihaknya tidak akan mengancam sesiapa pun dan tidak akan memberikan kata dua. Beliau berpendapat perjanjian berkemungkinan besar dapat tercapai dengan AS sekiranya kedua-dua negara ini  berkompromi dan menghormati kepentingan bersama.

Setiausaha Negara AS Wendy Sherman pula menyatakan bahawa pihaknya komited  mengadakan rundingan berhubung isu dua hala secara mendalam sekiranya Rusia mengambil tindakan meredakan situasi seperti mengundurkan pasukan tenteranya dari kawasan sempadan dengan Ukrain.