Hubungan China-Afrika Buktikan Erti Persahabatan Sejati!

2022-01-11 14:50:08  CRI
Share with:

Menteri Luar China mengadakan lawatan ke Eritrea, Kenya di Afrika Timur dan Comoros di Afrika Selatan pada 4 hingga 7 Januari lalu untuk merealisasikan hasil rundingan serta menyokong negara-negara Afrika dalam usaha melawan pandemik COVID-19  dan mewujudkan pemulihan ekonomi seawal mungkin.

Menteri luar China memilih negara Afrika sebagai destinasi lawatan pertama setelah memasuki tahun baharu merupakan tradisi selama 32 tahun. Meskipun pandemik COVID-19 masih dihadapi hampir semua negara,  tetapi tradisi ini dikekalkan dan turut membuktikan hubungan yang kukuh antara China dengan Afrika.

Pada waktu beberapa negara Barat mengamalkan “nasionalisme vaksin”, China dengan sedaya upaya menyediakan bantuan kepada Afrika. Dalam tempoh lawatan kali ini, China komited terus menyumbang 10 juta dos vaksin kepada Kenya selain membantu Comoros melancarkan program pemvaksinan di seluruh negara pada tahun ini.  Ini memperlihatkan erti persahabatan sejati, rakan yang akrab dan saudara yang berganding bahu.

Presiden Eritrea, Isaias Afwerki membantah apa yang disebut teori “perangkap hutang” China yang dibangkitkan oleh dunia Barat. Menurut beliau, China tidak pernah mencampuri urusan dalaman negara lain dan merupakan rakan pembangunan benar yang mustahak bagi Afrika. Beliau berharap China memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha mewujudkan kedamaian dan pembangunan di Afrika.

Kerjasama antara China dan Afrika terus membawa manfaat kepada rakyat Afrika. China  bersikap ikhlas dan memberi bantuan kepada Afrika melalui tindakan praktikal untuk menyelesaikan pelbagai masalah tanpa sebarang syarat politik. China dan Afrika saling menghormati dan bekerjasama dengan sama rata.  Inilah prinsip kerjasama antara China dan Afrika.