Tesla Yakin Pasaran Kereta Tenaga Baharu Xinjiang Yang Berpotensi Besar

2022-01-11 14:49:34  CRI
Share with:

Pasaran yang berpotensi besar di Xinjiang serta insentif kerajaan daerah bagi menggalakkan industri tenaga baharu bakal memacu perkembangan perusahaan kereta tenaga baharu di bahagian barat laut China, menurut pegawai Syarikat Tesla.

Syarikat Tesla dilaporkan membuka satu kedai di Urumqi baru-baru ini, yang merupakan kedai pertamanya di wilayah Xinjiang.

Kedai Tesla yang seluas 1,620 meter persegi itu berperanan menawarkan perkhidmatan yang lengkap kepada pelanggan termasuk khidmat nasihat sebelum pembelian, pemanduan percubaan, insurans dan perkhidmatan pasca jualan.

Xinjiang menyaksikan peningkatan jualan kereta tenaga baharu yang semakin tinggi, berikutan budaya “perjalanan secara mesra alam” dan “penjimatan tenaga”makin popular di masyarakat tempatan.

Jumlah kenderaan tenaga baharu di wilayah Xinjiang hampir mencatat 50 ribu buah setakat ini.

Selari dengan itu, jualan kereta tenaga baharu di bandar Urumqi melambung hampir 298 peratus pada tujuh bulan pertama 2021.

Menurut Pengurus Perkhidmatan Kawasan Barat Telsla (China), Hu Xiaoliang, pasaran kereta tenaga baharu di Xinjiang mempunyai potensi yang amat besar.

“Xinjiang merupakan wilayah yang sangat luas. Kedai yang baru ditubuhkan ini bertujuan menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu, dan ia juga sejajar dengan perkembangan pasaran tenaga baharu yang pesat,

“Sebagai titik penting bagi Telsa untuk memperluas jaringan perkhidmatan di Xinjiang, kedai di Urumqi ini mampu menyediakan perkhidmatan sehenti yang mudah kepada pelanggan tempatan,” katanya.