Brunei Kesan 10 kes Varian Omicron Baharu

2022-01-11 13:45:37  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam mengumumkan pada Isnin lalu, 44 kes baharu COVID-19  dikesan di negaranya dalam tempoh 24 jam yang lepas, antaranya 10  kes disahkan varian Omicron, dan menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Brunei sebanyak 15,678 kes.

Pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri Brunei memutuskan perintah berkurung akan dilanjutkan dari 15 Januari hingga 14 Februari untuk melarang orang ramai keluar dari jam 0.00 hingga 4.00 tengah malam.