MOT: Jumlah Penumpang Penerbangan Naik ke 15 Peratus Sebelum Pandemik

2022-01-11 14:55:50  CRI
Share with:

Menteri Pengangkutan Singapura(MOT), S. Iswaran menyatakan pada Isnin lalu,  dengan melancarkan Laluan Perjalanan Penumpang yang Sudah Divaksin (VTL),  jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi negaranya telah naik ke 15 peratus tahap sebelum pandemik COVID-19 setakat penghujung tahun 2021.

Iswaran menyatakan, industri pelancongan dan penerbangan memerlukan masa yang agak panjang untuk mencapai tahap sebelum pandemik. Walaubagaimanapun, MOT tetap berkeyakinan terhadap potensi industri tersebut, di samping akan terus berkerjasama dengan Kumpulan Lapangan Terbang Changyi dan syarikat-syarikat penerbangan berkenaan untuk “membina semula” status Singapura sebagai hab penerbangan antarabangsa.

“Jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi hanya tiga peratus tahap sebelum wabak pada awal tahun 2021, ” kata Iswaran.

Beliau turut memetik data dari Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), jumlah penumpang di lapangan terbang tersebut dijangka akan mencatat 55 peratus tahap tahun 2019 pada penghujung tahun 2022.