China Sumbang 746,800 Dos Vaksin COVID-19 kepada Myanmar

2022-01-12 13:35:41  CRI
Share with:

China menyumbang 746,800 dos vaksin COVID-19 sebagai kumpulan baharu kepada Myanmar.

Lori-lori yang membawa muatan vaksin tersebut berlepas dari Kunming, provinsi Yunnan China pada Isnin lalu dan akan diserahkan kepada pihak Myanmar hari ini setelah melalui tujuh pintu sempadan.


Sejak penularan wabak, provinsi Yunnan giat menyokong Myanmar menangkis wabak menerusi menghantar pasukan pakar perubatan dan menyediakan barangan keperluan, di samping membentuk mekanisme bersama bagi mencegah dan mengawal wabak di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Menurut rancangan bantuan, China akan menyumbang sejuta dos vaksin kepada Myanmar dalam dua kumpulan. 253,200 dos lagi sebagai kumpulan kedua dijangka bertolak dari Beijing pada 9 Februari nanti.