Pampasan Lewat Tiga Tahun

2022-01-12 14:38:16  CRI
Share with:

Pada tahun 2018, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah memutuskan,  kerajaan Lithuania perlu membayar 100,000 euro (RM475,430) sebagai pampasan kepada warga Palestin Abu Zubaydah berikutan kerajaan itu melanggar undang-undang Eropah yang melarang penggunaan penyeksaan setelah mengizinkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) menahan Abu Zubaydah di "penjara rahsia" di negaranya.

Selepas ditangguhkan selama tiga tahun, kerajaan Lithuania baru mengumumkan pembayaran pampasan itu baru-baru ini. Pembayaran ini bermakna kerajaan Lithuania telah mengakui kesalahannya yang mencabuli hak asasi manusia, dan "penjara rahsia" di negaranya sebahagian daripada rangkaian penjara rahsia AS di luar negara.

Ramai penganalisis percaya bahawa kerajaan Lithuania membayar denda kali ini atas arahan Washington. Di bawah tekanan pendapat umum antarabangsa, AS mahu menyelesaikan kes itu dengan secepat mungkin.

Namun, pampasan sebanyak 100,000 euro itu tidak dapat menampung satu persepuluh ribu daripada hutang hak asasi manusia yang terhutang AS.

Banduan yang mempunyai pengalaman serupa dengan Abu Zubaydah bukannya berjumlah kecil di  penjara Teluk Guantanamo. Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan seramai 700 banduan ditahan di  penjara  itu pada tahun 2003, dan masih terdapat 39 tahanan pada masa kini.

Penyoal siasat AS melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa mengambil kira sama ada melanggar hak asasi manusia atau tidak di penjara tersebut. Maka, tidak hairanlah pakar hak asasi manusia PBB menyifatkan penjara Guantanamo sebagai "bab yang jelik dalam pencabulan hak asasi manusia dengan sewenang-wenang " oleh AS.