China, GCC Perkasa Kerjasama bagi Keamanan dan Pembangunan Dunia

2022-01-12 14:59:45  CRI
Share with:

Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Setiausaha  Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Nayef bin Falah di bandar Wuxi provinsi  Jiangsu Selasa lalu.

Wang Yi berkata, China dan GCC  merupakan tenaga penting bagi kestabilan. Memandangkan ketidaktentuan situasi  sejagat dan penularan pandemik COVID-19, kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk  memainkan peranan yang lebih positif bagi kedamanan dan pembangunan serantau dan  antarabangsa.

Nayef pula berkata, China  merupakan rakan strategik penting dan rakan dagang terbesar bagi GCC. Pihaknya  menghargai pengaruh penting dan peranan signifikan China dalam urusan serantau  dan antarabangsa. GCC berharap terus memperkukuh hubungan dengan China.  

Pada hari yang sama, Wang Yi  telah menemui rakan sejawatnya dari Bahrain, Sheikh Abdullatif Al-Zayani.  

Wang Yi berkata, hubungan antara  China dengan Bahrain berkembang sihat dan stabil, kerajasama pragmatik antara  kedua-dua negara mencapai hasil yang positif. China akan terus mennghulurkan  bantuan vaksin pandemik COVID-19 menurut permintaan Bahrain dan menggalakkan  lebih banyak syarikat China melabur di negara itu.

Zayani berkata, pihaknya  menentang tindakan mempolitikkan isu hak asasi manusia dan menyokong China  menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.