China, Penyumbang Perlindungan Tanah Lembap Dunia

2022-01-13 15:38:23  CRI
Share with:

China telah memberi sumbangan signifikan terhadap perlindungan dan penggunaan lestari tanah lembap di seluruh dunia, menurut Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara (NFGA).

Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah Lembap NFGA, Wu Zhimin berkata, dengan mempunyai empat peratus daripada tanah lembap dunia, China mampu memenuhi keperluan seperlima penduduk dunia terhadap pengeluaran, kehidupan, ekologi dan budaya berkaitan sumber itu.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 keanggotaan China dalam Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Konvensyen Ramsar. 

Wu berkata sepanjang 30 tahun lalu, China banyak menyumbang buah fikiran kepada tadbir urus ekologi global. 

Setakat ini, China telah mendaftarkan 64 kawasan sebagai Tapak Ramsar, selain membina 602 kawasan simpanan semula jadi tanah lembap dan lebih 1,600 taman tanah bencah, dengan kadar perlindungannya mencecah 52.65 peratus.

China akan menjadi hos persidangan ke-14 pihak-pihak pemeterai Konvensyen Ramsar (Ramsar COP14) yang dijadual berlangsung di Wuhan, provinsi Hubei pada 21 hingga 29 November depan. Kini, pelbagai persiapan sedang giat dijalankan.