AS, Pengamal "Diplomasi Paksaan"

2022-01-13 15:09:30  CRI
Share with:

Pegawai Amerika Syarikat(AS) kerap kali memutarbelitkan langkah timbal balas China yang wajar terhadap provokasi Lithuania sebagai “diplomasi paksaan” untuk memberi sokongan kepada Lithuania di samping menjalankan rancangan “mengekang pembangunan China dengan menggunakan isu Taiwan” bagi mencapai tujuan politiknya.   

Hubungan China-Lithuania terbantut berikutan pihak Lithuania dengan sengaja memungkiri janjinya dan menjejaskan prinsip satu China, dan turut menimbulkan persoalan dan bantahan masyarakat antarabangsa.

Tindakan AS melabelkan langkah sah China untuk memelihara kedaulatan negara sendiri sebagai “diplomasi paksaan” sama seperti orang maling berteriak maling dan memperlihatkan dwistandard yang sering kali dilakukan negara  itu.

Mengimbas kembali sejarah, AS sering kali mengamalkan “diplomasi paksaan” melalui pelbagai tindakan termasuk ancaman bersenjata, keterasingan  diplomatik, sekatan ekonomi, pengepungan teknologi dan lain-lain untuk memaksa negara lain mengikuti tuntutan AS agar mencapai matlamat strategik AS  dan memelihara kedudukan hegemoni negaranya.

Masyarakat antarabangsa sudah jelas siapakah yang betul-betul “memaksa” seluruh dunia, menjejaskan keteneraman antarabangsa dan peraturan pelbagai hala. 

Amalan “diplomasi paksaan” tidak dapat membantu AS menjadi lebih kuat, sebaliknya  akan  memencilkan negara itu sendiri daripada dunia.