Olimpik Musim Sejuk 2022 Promosi Biathlon di China: IBU

2022-01-13 15:11:08  CRI
Share with:


 

China melakukan persiapan rapi bagi memastikan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 berjalan lancar, menurut Kesatuan Biathlon Antarabangsa (IBU).

 

Presidennya, Olle Dahlin berkata, meskipun pertandingan biathlon di seluruh dunia terjejas akibat penularan pandemik COVID-19, namun China berjaya membendung penularan wabak dan melakukan persiapan terbaik sempena Olimpik Musim Sejuk akan datang.

 

“Kami (IBU) menjalin kerjasama erat dengan jawatankuasa penganjur Beijing. Gelanggang dan lokasi temasya kali ini sangat bagus, dan sesetengah daripadanya pernah diguna pakai semasa Olimpik 2008.

 

“Untuk acara biathlon, Zhangjiakou menyediakan lokasi baharu yang dilengkapi peralatan canggih, mencapai piawaian antarabangsa,” katanya kepada Kumpulan Media China (CMG) di Salzburg, Austria pada Selasa.

 

Temasya sukan di Beijing akan memberi pendedahan kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut berhubung sukan Biathlon, katanya.

 

Dahlin berkata, beliau tidak sabar untuk pergi ke Beijing demi menyaksikan temasya sukan itu.

 

“Saya akan terbang ke Beijing pada 29 Januari, kemudian melihat sendiri lokasi pertandingan di Zhangjiakou.

 

Meskipun perjalanan antara dua bandar itu agak jauh, tapi tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi disediakan,” ujarnya.

 

Berhubung protokol pengurusan wabak Beijing, Dahlin menyifatkan langkah kawalan dan pencegahan diambil China amat baik, dan pihak IBU sentiasa mematuhi peraturan COVID-19 yang ketat.

 

Beliau turut memuji kemajuan yang dipamerkan atlet China dalam acara biathlon sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

“Mereka (atlet China) telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan dalam pertandingan di Oberhof, Jerman hujung minggu lepas.

 

“Saya harap mereka peroleh keputusan cemerlang pada temasya di Beijing nanti, dan mengembangkan sukan biathlon di China,” luahnya.

 

Biathlon merupakan gabungan ski dan menembak yang berasal dari Eropah Utara. Ia secara rasmi menjadi acara Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 1960.