China, Syria Meterai MoU BRI

2022-01-13 13:34:25  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Syria, Feng Biao dan Pengarah Suruhanjaya Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Syria, Fadi Khalil memeterai Memorandum Persefahaman(MoU) tentang  Menggalakkan Bersama Pembinaan Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 semalam.

Duta Besar Feng menyatakan bahawa MoU ini membantu China dan Syria memperkasa kerjasama pragmatik pada era baharu, merealisasikan penyelarasan pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)  dan strategi "Eastward" yang dicadangkan oleh Presiden Syria, Bashar al-Assad, selain menyediakan sasaran tindakan dan panduan kepada China untuk melibatkan diri dalam pembinaan semula ekonomi di Syria.

Pengarah Fadi Khalil menyatakan bahawa perang kejam dan sekatan keras secara sepihak oleh Amerika Syarikat(AS) telah membawa malapetaka yang serius kepada rakyat Syria.

"Sejak sekian lama, kerajaan China telah menghulurkan banyak bantuan kemanusiaan kepada Syria dan berjaya mengurangkan penderitaan rakyat negara ini. Penandatanganan MoU BRI ini dipercayai membantu Syria merapatkan kerjasama dengan China dalam sektor kebudayaan, ekonomi dan teknologi," kata beliau.