Tindakan Keluarkan Produk Xinjiang dari Kelab Sam Walmart Belakangi Hukum Pasaran

2022-01-13 17:16:06  CRI
Share with:

Produk Xinjiang dikeluarkan dari rak kelab Sam Walmart Amerika Syarikat(AS) tanpa alasan yang rasional baru-baru ini. Tindakan tersebut membelakangi hukum pasaran dan tidak mematuhi kod moral.


Jurucakap penerangan jabatan kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Xu Guixiang dalam sesi taklimat yang diadakan Rabu lalu berkata, sejumlah syarikat sambil memperoleh keuntungan daripada pengguna China, sambil mengeluarkan produk China dari rak kedai mereka. Tindakan tersebut nescaya akan diboikot pengguna China.


Xu Guixiang menyatakan, bagaimanapun, terdapat juga banyak syarikat multinasional menubuhkan pusat perniagaan di Xinjiang untuk mempromosi produk tempatan. Terdapat juga pegawai firma asing yang menyatakan pendirian mengekalkan berkecuali tentang isu tersebut. Mereka mencela AS memaksa syarikat mengikuti tuntutannya.


Xu menegaskan, tiada fenomena “buruh paksa” di Xinjiang. Penduduk pelbagai etnik di Xinjiang bekerja rajin dan produk yang dihasilkan di wilayah itu berkualiti tinggi.