SQ Sediakan Perkhidmatan Penerbangan Sewa Khas bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2022-01-13 15:10:38  CRI
Share with:

Singapore Airlines (SQ) akan  menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas antara Singapura dengan Beijing,  China setiap hari pada 21 Januari hingga 16 Mac nanti.   

Perkhidmatan ini akan memudahkan  perjalanan pegawai dan atlet Singapura dan negara lain yang menyertai Sukan  Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, kata jurucakap SQ Rabu lalu.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan  Singapura, S. Iswaran menyatakan dalam akaun media sosialnya berkata,  penerbangan sewa khas akan menjadikan Singapura sebagai pusat pengangkutan bagi  penyertaan tokoh-tokoh rantau ini dalam temasya sukan di  Beijing.

"Sukan Olimpik Musim Sejuk  Beijing akan menyediakan peluang baik bagi pertukaran kakitangan antara  Singapura dengan China di sebalik impak negatif pandemik COVID-19,"  kata Iswaran.

Dilaporkan, Tokyo, Hong Kong dan  Paris juga akan menyediakan penerbangan khas untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk di  Beijing.