China Bantu Zambia Bina Rangkaian Perintis 5G
Pengendali rangkaian mudah alih, MTN Zambia mengadakan kerjasama dengan syarikat Huawei China untuk membina rangkaian perintis 5G dan turut menjadikan Zambia salah satu negara yang mempunyai rangkaian 5G yang agak awal di Afrika.
Menteri Sains dan Teknologi Zambia, Felix C Mutati dalam majlis pelancaran rangkaian tersebut berkata, rangkaian 5G merupakan hadiah tahun baharu kepada rakyat Zambia.
"Rangkaian tersebut akan meningkatkan secara besar-besaran taraf prasarana komunikasi dan menyediakan asas perkakasan yang kukuh bagi rancangan transformasi digital yang sedang dilaksanakan di negara ini," katanya.
Huawei memberikan sokongan sains dan teknologi yang berkekalan bagi pembinaan rangkaian mudah alih di Zambia pada beberapa tahun kebelakangan ini. Huawei pernah bekerjasama dengan MTN untuk membina rangkaian 4G pertama di negara itu pada 2013.