Jumlah Punggahan Kontena Singapura Cecah Rekod Tertinggi

2022-01-14 15:40:32  CRI
Share with:

Menteri Pengangkutan Singapura(MOT), S. Iswaran pada Khamis lalu menyatakan,  jumlah  kontena yang dikendalikan oleh Singapura pada tahun 2021 mencatat 37.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki(TEU) dengan mencipta rekod tertinggi  dalam sejarah.

Menurut S. Iswaran, angka itu meningkat 1.63 peratus berbanding tahun 2020. Selain itu, jumlah penghantaran kargo meningkat 1.4 peratus kepada 599 juta tan.

“Walaupun rantaian bekalan global terkena tempias pandemik COVID-19, tetapi Singapura tetap merupakan pelabuhan tersibuk di dunia.

"Demi mengurangkan impak wabak, Kumpulan Pelabuhan Singapura(PSA) membuka semula terminal Keppel dan kawasan limbungan baharu di pelabuhan Tuas, di samping mengaturkan lebih ramai kaki tangan berkhidmat di pelabuhan,” kata S. Iswaran.