Guantanamo Jadi Ironi bagi “Hak Asasi Manusia AS”

2022-01-14 14:50:08  CRI
Share with:

Menjelang dua dekad selepas tahanan pertama tiba di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, masyarakat antarabangsa turut mengkritik penubuhan pusat tahanan itu sebagai“lembaran yang paling gelap dalam sejarah manusia”.

Pusat tahanan itu disifatkan sebagai pusat pencabulan hak asasi manusia sejak beroperasi. Dalam tempoh dua dekad lalu, Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja terus menganiaya dan menyeksa banduan di kem itu, tetapi juga membina rangkaian penjara yang serupa di seluruh dunia. Seperti ulasan La Agencia EFE,S.A, tindakan Washington itu menjejaskan sistem hak asasi manusia antarabangsa secara menyeluruh.

Pada 11 November 2002, pasukan tentera AS membina pusat tahanan di pangkalan tentera laut Teluk Guantanamo, Cuba untuk menahan suspek pengganas yang ditahan sesudah peristiwa “11 September”. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, AS enggan mendedahkan jumlah tahanan, cara penderaan dan tempoh penahanan di penjara itu.

Tetapi rahsia tidak dapat disembunyikan untuk selama-lamanya. Skandal tentang penganiayaan dan penyeksaan anggota tentera AS terhadap banduan selalu didedahkan oleh media dan mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Kumpulan pakar yang dikerah Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNCHR) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan untuk mencela AS menahan banduan secara sembarangan tanpa perbicaraan serta menganiaya dan menyeksa banduan. Ini sama sekali tidak boleh diterima oleh sebarang kerajaan khususnya kerajaan yang menjunjung panji melindungi hak asasi manusia.

AS membina banyak  pusat tahanan rahsia di Asia dan Eropah Timur. “Penjara gelap” terssebut menjadi simbol AS menginjak-injak undang-undang dan mencabul hak asasi manusia.

Perlindungan hak asasi manusia bukanlah slogan tetapi tindakan. Menghadapi suara bantahan yang lantang dari masyarakat antarabangsa, AS perlu bermuhasabah dan segera menutup pusat tahanan rahsiah termasuk di Teluk Guantanamo serta menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Bab hodoh pencabulan hak asasi mansuai secara sembarangan” dalam sejarah hak asasi manusia dunia yang ditulis oleh AS perlu berakhir.