Penggunaan Modal Asing China Lebihi RMB 1.1 Trilion

2022-01-14 15:36:44  CRI
Share with:

Statistik Kementerian Perdagangan China pada Khamis lalu menunjukkan, jumlah penggunaan modal asing menurut kontrak yang terlaksana di China pada tahun 2021 melebihi RMB 1.1 trilion (RM 723 bilion) yang mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.

“Nisbah penggunaan modal asing dalam industri teknologi tinggi menyaksikan peningkatan dengan struktur industri terus dioptimumkan. Ini memperlihatkan daya tarikan pasaran China yang berkekalan bagi modal asing, terutamanya bagi sesetengah sumber asing yang bertaraf tinggi.

"Modal asing memainkan peranan semakin penting dalam pembinaan paradigma pembangunan baharu dan  pembangunan berkualigi tinggi negar ini,” kata Cui Weijie, Naib Ketua Pengarah Institusi Kerjasama Ekonomi Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China.

Pelaburan negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur&Laluan (BRI) dan ASEAN terhadap China dilaporkan meningkat pesat yang masing-masing mencatat 29.4 peratus dan  29 peratus, lebih tinggi berbanding tahap purata di negara ini.