11 Maut dalam Kemalangan Lori di Filipina

2022-01-14 13:51:01  CRI
Share with:

11 orang maut termasuk dua kanak-kanak dan 40 lagi cedera dalam kemalangan lori yang berlaku di bandar Balingasag, Mindanao, Filipina kelmarin.

Menurut laporan polis, lori yang membawa 52 orang termasuk pemandu itu melencong dari jalan raya dan terbalik kerana terlanggar timbunan batu apabila pemandu hilang kawalan selepas breknya tidak berfungsi.

Pada masa ini, mangsa telah ditempatkan di lokasi sewajarnya, dan polis akan  memberi maklumat lanjutan mengikut keadaan.