Perdagangan China Lakar Kecemerlangan
Data terkini Jabatan Am Kastam China(GAC) menunjukkan, import dan eksport China merekodkan USD6.05 trilion pada 2021, mencipta rekod tertinggi dalam sejarah. Dalam pada itu, perdagangan luar China melepasi dua ambang iaitu 5 trilion dolar Amerika dan 6 trilion dolar Amerika dalam tempoh setahun, sehingga statusnya sebagai negara perdagangan terbesar di dunia diperkukuh.
Kecemerlangan ini sukar untuk dicapai.
Pertama, China telah mengekalkan kedudukan teratasnya di dunia dari segi pencegahan dan kawalan wabak dan pembangunan ekonomi. Permintaan dalam bidang pengeluaran dan penggunaan memberikan sokongan yang kuat kepada peningkatan perdagangan luar secara mapan. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, ekonomi China berjaya menampan tekanan yang dibawa oleh pandemik dan menunjukkan daya tahan yang kuat, selain membuktikan bahawa asas penambahbaikannya dalam jangka panjang tidak berubah.
Pada masa yang sama, ekonomi global mengekalkan trend pemulihan dan permintaan luar negara terus meningkat, membantu perdagangan luar China melonjak ke tahap baharu. Turut menjadi tumpuan ialah eksport bahan perubatan dan ubat-ubatan China meningkat sebanyak 101.2%, yang memberi sokongan kuat kepada usaha pelbagai negara dalam usaha melawan pandemik.
Kejayaan tercapai perdagangan luar China juga berikutan pelaksanaan dasar dan rancangan kerajaan China. Antaranya termasuk meningkatkan sokongan pembiayaan kepada perusahaan kecil, sederhana dan mikro serta perusahaan perkilangan, terus mengoptimumkan persekitaran perniagaan, memperdalam pembaharuan pemudahan perdagangan rentas sempadan, dan menggalakkan pembaharuan dan inovasi pemudahan perdagangan dan pelaburan di zon perintis perdagangan bebas.
Perdagangan luar China yang melonjak ke tahap baharu terbukti semakin penting bagi rantaian perindustrian dan bekalan global. Pada 2021, import dan eksport China dengan rakan dagangan utamanya masing-masing mewujudkan pertumbuhan yang berkekalan. Antaranya, import dan eksport ke negara-negara yang melibatkan inisiatif "Jalur dan Laluan"(BRI) menyaksikan peningkatan 23.6%, iaitu lebih tinggi 2.2% daripada kadar pertumbuhan keseluruhan.
Perdagangan luar China menghadapi faktor ketidaktentuan berikut pandemik dan persekitaran luaran yang lebih rumit dan teruk. Tetapi apa yang pasti adalah China akan terus memberikan sokongan kuat demi menstabilkan perdagangan luar.