Dalang Bom Kereta Ditembak Mati di Filipina

2022-01-16 14:27:53  CRI
Share with:

Dalang dan tiga pengikutnya yang terlibat dalam kes letupan bom bas awam ditembak mati oleh anggota tentera Filipina Sabtu lalu.

Pihak tentera memaklumkan bahawa pihaknya melancarkan operasi rumah ke rumah mengikut risikan berkaitan sehari selepas pengeboman bas tersebut.

Dalang kes itu, Norodin Hassan alias Andot dan tiga orang pengikutnya ditembak mati dalam pertempuran dengan pihak tentera. Dalam pada itu, pihak tentera turut merampas sejumlah besar senjata, peluru dan dokumen yang mempunyai nilai risikan tinggi.

Seorang kanak-kanak yang berumur lima tahun terbunuh dan enam lagi cedera antaranya termasuk tiga orang kanak-kanak apabila satu bom meletup dalam sebuah bas awam di  bandar Cotabato, Mindanao, Filipina pada pukul 8.20 Selasa lalu.