Beberapa Tuduhan Rasuah terhadap Aung San Suu Kyi Difailkan

2022-01-16 15:42:07  CRI
Share with:

Beberapa  pertuduhan rasuah  terhadap Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi telah difailkan Jumaat lalu.  

Menurut seorang peguam pembela,   Aung San Suu Kyi berdepan sekurang-kurangnya lima pertuduhan rasuah setakat ini  dan  tiga pertuduhan antaranya difailkan kali ini.  Bekas Ketua Audit provinsi  Yangon telah menerima siasatan sebagai saksi pendakwa.   

Sejak Februari 2021, Aung San Suu  Kyi berdepan lebih 10 pertuduhan. Kes melanggar undang-undang jenayah,  undang-undang pengurusan bencana alam dan undang-undang import-eksport telah  diselesaikan dan Aung San Suu Kyi dihukum penjara selama enam tahun. Tuduhan  rasuah dan pembocoran rahsia negara masih dibicarakan.