PBB Salur Bantuan Bila-Bila Masa

2022-01-17 11:48:09  CRI
Share with:


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyalurkan bantuan kepada Tonga pada bila-bila masa.

Setiausaha Agung pertubuhan itu, Antonio Guterres pada Sabtu menerusi kenyataan amat mengambil berat terhadap Tonga yang dibadai letusan gunung berapi dahsyat dengan gelombang tsunami.

Kenyataan itu berbunyi, Guterres turut prihatin terhadap amaran tsunami yang dikeluarkan negara di sekitar Pasifik, antaranya Australia, New Zealand, Jepun dan Amerika Syarikat.

Disebabkan terputusnya liputan telekomunikasi, setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.