COVID-19: Satu Bilion Dos Vaksin Diedar COVAX

2022-01-17 12:30:48  CRI
Share with:


Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 Global (COVAX) sudah mengedarkan sejumlah satu bilion dos vaksin ke 144 negara dan wilayah di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pertubuhan itu pada Ahad mengumumkan, setakat 13 Januari, 36 negara anggota WHO mencapai kadar vaksinasi tidak sampai 10 peratus, manakala 88 anggota lain rendah daripada 40 peratus.