Thailand Lapor Kematian Pertama Akibat Omicron

2022-01-17 14:37:07  CRI
Share with:

Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian COVID-19 Omicron.

Menurut Kementerian Kesihatan Thailand, seorang wanita berusia 86 tahun dari wilayah Songkhla yang lengkap dua dos vaksin Pfizer-BioNTech dengan dos kedua disuntik pada empat bulan lalu, meninggal dunia akibat jangkitan Omicron.

Pesakit Alzeheimer itu dipercayai dijangkiti varian Omicron melalui saudara mara yang menziarahinya semasa cuti tahun baharu.

Kementerian Kesihatan turut menyeru rakyat yang sudah menerima suntikan dos kedua sebelum Oktober lalu segera mengambil dos penggalak.