4,270 Tan Beras Bantuan China Tiba di Syria

2022-01-17 13:19:56  CRI
Share with:

Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Syria (SARC) menerima barang bantuan kemanusiaan kecemasan bagi kumpulan ketiga, keempat, kelima dan keenam pada Ahad berbentuk beras dengan berat keseluruhan mencatat 2,520 tan.

Terdahulu, kerajaan China telah menyediakan sejumlah 1,750 tan beras pada kumpulan pertama dan kedua bagi meredakan kesukaran dalam pembekalan menangani krisis kemanusiaan setempat.

Pada majlis penyerahan berkenaan, Duta Besar China ke Syria, Feng Biao berkata, China berharap barangan tersebut dapat membantu meringankan kesukaran hidup rakyat.

Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya juga komited sedaya upaya untuk menghulurkan lebih banyak bantuan.


Presiden SARC, Khaled Kboubati yang turut menzahirkan penghargaan kepada China berkata bahawa sejak tercetusnya krisis di Syria pada tahun 2011, China telah menyediakan banyak bantuan kemanusiaan.

Justeru, beliau berharap agar hubungan bilateral kedua-dua pihak dapat terus berkembang.

Untuk rekod, China juga berulang kali menyediakan vaksin, peralatan perubatan dan barangan melawan wabak kepada Syria, sejak berlakunya penularan wabak COVID-19.