KDNK China Naik 8.1 Peratus 2021

2022-01-17 15:10:34  CRI
Share with:

Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB114 trilion (RM75 trilion) pada 2021, meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia sekali gus menyaksikan pertumbuhan purata KDNK merekodkan 5.1 peratus bagi tempoh dua tahun kebelakangan ini, menurut Biro Statistik Negara (NBS).

Dalam pada itu, pertumbuhan KDNK bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun lepas masing-masing mencatatkan 18.3 peratus, 7.9 peratus, 4.9 peratus dan 4 peratus.