Pasukan Perubatan China Kumpulan Ke-19 Tiba di Zimbabwe

2022-01-17 14:38:33  CRI
Share with:

Pasukan perubatan China kumpulan ke-19 tiba di Harare, Zimbabwe pada Ahad dan memulakan misi bantuan selama setahun di negara itu.

Pasukan tersebut terdiri daripada pakar bidang perubatan tradisional Cina (TCM), perubatan dalaman, pembedahan, pediatrik, ortopedik, radiologi, anestesiologi dan lain-lain.

Mereka akan menyediakan perkhidmatan perubatan kepada penduduk tempatan serta memberi sokongan terhadap sistem kesihatan di Zimbabwe.

Difahamkan, pasukan perubatan China kumpulan ke-18 telah pulang ke tanah air pada 6 Januari lalu.