Jumlah KDNK China Cecah RMB110 Trilion

2022-01-18 15:03:12  CRI
Share with:

Jumlah Keluaran Dalam  Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB114.367 trilion (RM75.4 trilion) pada  2021, meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Biro Statistik Negaranya pada Isnin,  jumlah KDNK per kapita pula diunjurkan melebihi USD12,551  (RM52,321).

Ketua NBS, Ning Jizhe menyatakan bahawa data  tersebut menandakan peningkatan terhadap kekuatan komprehensif China,  produktiviti sosial dan taraf hidup rakyatnya.

Katanya, secara tidak langsung ia juga  menggambarkan pembangunan China mempunyai dasar yang lebih kukuh, situasi yang  lebih baik dan momentum yang mencukupi.

Difahamkan, ekonomi China kekal menduduki  tangga kedua di dunia berdasarkan data tersebut, manakala jumlah pengeluaran  biji-bijiran China pula mencecah 682.85 juta tan pada tahun  2021.

Selain itu, seramai 12.68 juta penduduk di  bandar dan luar bandar China berjaya mendapat pekerjaan baharu sepanjang tahun  2021, iaitu bertambah sebanyak 830 ribu berbanding 2020.

Ia sekali gus memperlihatkan pendapatan per  kapita penduduk seluruh negara mencatat RMB35,000 (RM23,072), iaitu meningkat  8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala perbelanjaan penggunaan per  kapita penduduk pula adalah sebanyak RMB24,000 (RM15,821), meningkat 12.6  peratus.

Dari sudut jumlah jualan runcit sosial China  pada tahun 2021 yang merekodkan RMB44 trilion (RM29 trilion), keperluan domestik  telah menyumbang 79.1 peratus kepada pertumbuhan ekonomi China sepanjang tahun  2021.


Pertumbuhan ekonomi China yang pesat telah  merangsang pertumbuhan ekonomi sejagat dan China dianggarkan menyumbang kepada  pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 25% pada tahun 2021.

Dalam tempoh lebih setahun lalu, di samping  China mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang lebih ketat agar kesihatan  dan keselamatan seramai 1.4 bilion penduduk China terjamin, China dengan aktif  mendorong kerjasama antarabangsa untuk melawan pandemik  COVID-19.

Sehingga kini, China sudah membekalkan lebih 2  bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan  antarabangsa, dan menjadikan ia negara yang paling banyak membekalkan vaksin  kepada negara lain.

Pada era pembangunan baharu, China akan  mempercepat pembentukan pola pembangunan baharu, komited kepada usaha memelihara  pengoperasian ekonomi pada julat yang munasabah dan mendorong pembangunan yang  berkualiti tinggi.