Haramkan Syarikat Huawei, Nescaya Alami Kerugian

2022-01-18 15:15:38  CRI
Share with:


Beijing mencela kelakuan Britain menindas syarikat China nescaya merugikan diri sendiri selain daripada pihak lain.

Terdahulu, laporan memetik bekas diplomat Singapura, Kishore Mahbubani berkata, dakwaan seorang pegawai eksekutif syarikat Britain bahawa agensi perisikan negara itu menyusupkan kakitangannya masuk ke Huawei demi memastikan syarikat itu bukan ancaman.

Walau bagaimanapun, beberapa bulan berlalu, Britain terpaksa menyerahkan diri di bawah tekanan Amerika Syarikat. Setakat ini tiada maklum balas daripada kerajaan Britain.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian membalas dengan mengatakan, didorong oleh laba politik serta telunjuk negara lain, individu dan kuasa tertentu di Britain bertindak menyekat syarikat China dengan menggeneralisasikan konsep keselamatan negara.

“Perbuatan seumpama telah menghalang rakyatnya mengakses kepada teknologi 5G, betul-betul merugikan,” kata Zhao dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Beliau berkata dirinya mengikuti rapat laporan media Britain berhubung syarikat Huawei.

Antara laporan yang berbunyi, keputusan mengharamkan Huawei menyebabkan matlamat negara itu membangunkan 5G tertunda.

Bekas Setiausaha Negara bagi Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan, Oliver Dowden mengatakan, keputusan itu menjadikan matlamat berkenaan ditangguhkan selama dua hingga tiga tahun.

Dapatan tinjauan Oxford Economics menunjukkan, perbuatan mengehadkan pembekal utama infrastruktur 5G seperti Huawei daripada membantu Britain membina rangkaian, dijangka akan meningkatkan kos berkenaan sebanyak 9 hingga 29 peratus dalam tempoh sedekad akan datang.