Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun Ke-72 Jalinan Diplomatik China-Vietnam
Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus surat tahniah kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong dan Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc atas ulang tahun ke-72 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Xi dalam perutusan tahniahnya menzahirkan rasa sukacita terhadap kerancakan pertukaran antara China dan Vietnam melibatkan pelbagai bidang dan peringkat, serta kelancaran kerjasama dalam usaha melawan pandemik COVID-19 dan memulihkan pembangunan.
Usaha tersebut telah membawa manfaat yang sebenar kepada rakyat kedua-dua negara, katanya.
Beliau menyifatkan dua negara sosialis berjiran yang bersahabat itu sebagai komuniti berkongsi nasib yang mempunyai makna strategik.
Tegas beliau, keteguhan China dan Vietnam dalam menempuh jalan sosialisme yang selaras dengan keadaan negara sendiri serta mengekalkan hala tuju kerjasama muhibah adalah sejajar dengan kepentingan strategik bersama, serta bermanfaat kepada kedamaian dan pembangunan serantau bahkan dunia.