China Kekal Pemacu Ekonomi Global

2022-01-18 15:01:58  CRI
Share with:

Agregat ekonomi China mencatat RMB114 trilion (RM75 trilion) pada 2021, meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Prestasi tersebut mendahului entiti ekonomi utama global, sekali gus mencerminkan kemuluran dan kedinamikan ekonomi negara ini.

Permintaan pasaran domestik yang terus meningkat dianggap pemacu utama kepada pemulihan ekonomi China, dengan menyumbang 79.1 peratus kepada pertumbuhan tersebut.

Selari dengan itu, kitaran domestik dan antarabangsa yang saling menggalakkan juga membantu rejuvenasi ekonomi negara ini.

Untuk rekod, jumlah import dan eksport barangan China masing-masing menokok sebanyak 21.5 peratus dan 21.2 peratus pada 2021.

Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dunia, pemulihan ekonomi China secara berterusan turut memberi keyakinan dan peluang penting kepada ekonomi global.

Menurut jangkaan pada peringkat awal, ekonomi China telah menyumbang kira-kira 25 peratus kepada pertumbuhan ekonomi global pada tahun lepas.

Selain itu, “buatan China” juga memberi sumbangan penting kepada masyarakat antarabangsa dalam melawan pandemik COVID-19.

Menurut statistik, China telah menyediakan kira-kira 372 bilion pelitup muka, 4.2 bilion set pakaian pelindung serta 8.4 bilion reagen ujian asid nukleik (NAT) kepada masyarakat antarabangsa setakat hujung tahun lalu.

Di samping itu, China juga merupakan penyedia vaksin COVID-19 paling banyak di dunia, dengan membekalkan lebih dua bilion dos kepada lebih 120 negara dan pertubuhan antarabangsa.