Ei Sun Oh: Kecemerlangan Ekonomi China, Mantapkan Ekonomi Sejagat
Ekonomi China yang cemerlang pada tahun 2021
berperanan signifikan bagi memantapkan ekonomi sejagat.
Demikian dinyatakan Penasihat Kanan Pusat Pengajian Pasifik Malaysia, Profesor Ei Sun Oh dalam satu wawancara bersama Agensi Berita Xinhua, pada Isnin.
Menurut statistik yang diumumkan Jabatan Statistik Negara semalam, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China sepanjang 2021 meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelum, iaitu satu kadar yang cukup mengagumkan.
Menurt Prof. Oh, China adalah rakan dagang terbesar bagi ASEAN, manakala ASEAN pula merupakan rakan dagang terbesar bagi China.
"Dalam konteks amalan melindungi perdagangan, China dan ASEAN mempertahankan perdagangan bebas sehingga membuahkan banyak kepada pelbagai pihak. Kini, ASEAN juga meneladani China dalam pemulihan ekonomi", katanya.
Pada masa sama, beliau menyarankan agar potensi perdagangan bilateral dioptimumkan supaya pelbagai sektor dapat menikmati dividen yang dibawa Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).