Dasar "Zero Covid" China Jamin Keselamatan Atlet Asing dan Penduduk Domestik

2022-01-19 15:56:16  CRI
Share with:

Ketika Beijing melaporkan kes Omicron pertama pada Sabtu lalu, beberapa media Barat ibarat lebah dapat madu, segera melaporkan secara besar-besaran dan menyifatkan dasar “sifar kes Covid” (Zero Covid) gagal.

 

Satria tidak faham mengapa Barat begitu bimbang (atau gembira) walaupun hanya satu dua kes baharu di China dan bila lebih sejuta kes baharu sehari berlaku di negara-negara tertentu, mereka macam langsung tak ambil kisah.

 

Salah satu punca yang dijelaskan oleh media Barat adalah dasar “Zero Covid” di China akan mengganggu rantaian bekalan antarabangsa. Dan ini nampaknya berjaya mempengaruhi beberapa kelompok.

 

Seorang pengarah filem, Matthew Stoller telah kongsikan laporan dari AP dan menyatakan bahawa beliau berharap China akan membatalkan dasar tersebut kerana percaya ia akan membawa banyak masalah kepada mereka, seperti gangguan rantaian bekalan lagi.

 

Bagaimanapun, dalam komen di bawah hantaran Matthew, Satria amat menggembira membaca banyak komen yang pragmatik.

 

Ini antara komen netizen:

 

1.       “Salah. Kalau China membiarkan, sekarang sudah tiada rantaian bekalan di dunia lagi. Yang lebih teruk, jutaan orang China akan terjangkit bahkan meninggal, seperti apa yang sedang berlaku di sini.”

 

2.       “Alhamdulilah, bukan setiap negara membiarkan rakyatnya mati untuk kapitalis.”

 

3.       “Barat menyebarkan berita palsu mengenai China, pada masa yang sama juga memerlukan China untuk mengawal negara diri yang terapung, amat lucu.”

 

Bagi sebahagian media dan kerajaan Barat, nampaknya pendirian mereka adalah dunia akan bermanfaat sekiranya China membatalkan dasar “Zero Covid”.

 

Yang Satria tak faham, dasar “Zero Covid” telah menjejaskan kepentingan siapa?

 

Omicron kini melanda seluruh dunia, beberapa bandar di China pula tercetus wabak ekoran varian tersebut. Tapi dengan adanya dasar “Zero Covid”, kehidupan kebanyakan orang di sini tidak terganggu, begitu juga pengeluaran dan bekalan untuk pasaran antarabangsa.

 

Bagaimanapun, adakah Omicorn memang tidak berbahaya lagi? Adakah tidak akan muncul varian lain? Ini belum pasti.

 

Kerajaan beberapa negara Barat nampaknya sudah biarkan saja. Ini mungkin berdasarkan pandangan pakar mereka, mungkin berpunca tekanan masyarakat atau desakan ekonomi yang tak boleh ditampung lagi.

 

Tapi bagi China, dengan ekonomi yang bertumbuh 8.1% pada tahun lalu dan kehidupan majoriti yang selamat dan bebas, bagi Satria tak perlu terburu-buru mengubahsuai dasar “Zero Covid” yang sedia ada.

 

Satria setuju untuk tunggu dan lihat “percubaan” di negara-negara tertentu saja dahulu, dan kemudian barulah mengeluarkan keputusan yang bersesuaian.

 

Yang lebih penting, Sukan Olimpik Musim Sejuk cepat akan diadakan di Beijing. Mengawal dasar “Zero Covid” juga bertanggungjawab terhadap keselamatan para atlet yang datang untuk memperlihatkan aksi terbaik, di samping menjaga kesihatan penduduk domestik.

 

Cuba tengok keadaan Kejohanan Badminton Terbuka India, kontinjen Singapura semalam memutuskan menghantar pesawat khas membawa balik semua orang setelah seorang atlet dan seorang staf dikesan positif.

 

Sebelum ini, 7 orang atlet India dikesan positif terpaksa menarik diri dari kejohanan diadakan di negara sendiri, manakala kontinjen England pula mengumumkan tidak menyertai kejohanan tersebut.

 

Dasar “Zero Covid” di China sebenarnya telah mengurangkan banyak masalah bagi dunia, termasuk para atlet yang telah berusaha melatih empat tahun hingga lebih panjang untuk memenangi pingat Olimpik.