BRICS Sasar Kerjasama Lebih Utuh

2022-01-19 12:35:59  CRI
Share with:

Mesyuarat pertama penyelaras BRICS 2022 diadakan pada Selasa, dihadiri wakil dari lima anggota blok itu iaitu China, Rusia, India, Brazil dan Afrika Selatan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Naib Menteri Luar yang juga penyelaras China bagi urusan BRICS, Ma Zhaoxu.

Ma berkata, sebagai pengerusi BRICS bagi tahun ini, China sedia bersama semua pihak membangunkan hubungan rakan kongsi yang lebih komprehensif, rapat, pragmatik dan inklusif ke arah merealisasikan pembangunan global yang lebih kukuh, hijau dan sihat.

Para peserta komited aktif menyertai kerjasama dalam pelbagai bidang, dan bersama-sama membawa kemajuan baharu dalam kolaborasi melibatkan ekonomi dan perdagangan, politik dan keselamatan serta pertukaran sosiobudaya.