2022: China Mahu Kekalkan Pertumbuhan Stabil RMB dan Kredit

2022-01-19 13:12:24  CRI
Share with:

Bank Rakyat China (PBC) mengumumkan wang pinjaman Renminbi (RMB) menyaksikan pertambahan RMB19.95 trilion (RM13.2 trilion) sepanjang 2021, iaitu meningkat RMB315 bilion (RM208 bilion) berbanding tahun sebelumnya.

Dalam satu sidang media pada Selasa, PBC menyatakan bahawa bekalan wang luas (Broad Money) M2 dan skala pembiayaan sosial pada penghujung 2021 masing-masing meningkat sebanyak 9 dan 10.3 peratus.

Manakala, nisbah keumpilan (Leverage Ratio) makro pula kekal stabil secara amnya dengan catatan 272.5 peratus, iaitu menurun 7.7 mata peratusan berbanding penghujung tahun sebelumnya.

Menurut Naib Presiden PBC, Liu Guoqiang dasar mata wang tahun 2021 China secara keseluruhannya memenuhi asas seperti kebolehubahan, ketepatan, kerasionalan dan kemunasabahan.

Tambah beliau, elemen seperti penghematan masa depan, kestabilan, kecekapan dan autonomi turut memperlihatkan penambahbaikan pada 2021.

"Indikator kewangan utama China terus mengekalkan pertumbuhan yang kuat berikutan dasar yang sedia kukuh pada 2020, sementara sistem kewangan beroperasi dengan stabil dan sokongan sistem kewangan terhadap ekonomi sebenar tetap kukuh," kata Liu.

Beliau berkata, untuk tahun ini, PBC akan memberi jaminan terhadap kestabilan pertumbuhan jumlah mata wang dan kredit, terus mengoptimumkan struktur kredit, mengurangkan kos pembiayaan kepada syarikat, selain memastikan pengoperasian sistem kewangan dan kadar pertukaran RMB berlaku dengan stabil.